9 February 2010

Tiada tajuk untuk entri ini



Penat sangat hari ni. Kepala terasa sakit sangat. Aku tak dapat fokus dalam kelas tadi. Semua yang dibuat, semuanya serba tak kena. Kenapa ya? Nak kata aku tak solat, awal Subuh tadi aku dah bentang sejadah mengadap Illahi. Lepas subuh, aku tak tidur, sebaliknya aku gunakan waktu tersebut sebaik2nya dengan membaca Al-Mathurat. Haish! Galau sungguh! Lepas kelas baik aku balik rumah then tidur. yeah, aku akan tidur kalau aku sakit kepala. The best therapy for me. You should try it ;)

takde sesiapa pun di rumah hari ni. Roommate aku yang kepoh gila tu masih ada kuliah agaknya. Bagus juga tak ada minah kepoh ni kadang2. sedap sikit aku nak tidur petang ni. serius, aku sakit kepala sangat2.

* 10 minit selepas tidur *

"Kak Chikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!! Bangun2! Cuba teka kite terserempak dgn siapa tadi? si Jepp yang penyibuk tu lah!"

Saitonnnn! hantu mana yang menjerit2 kaca aku tido nih?? Lar... Pija, roommate aku daaaa -_-

adoiiiiiiiii minah kepoh ni dah balik! kan aku dah cakap, kalau dia ada, mesti riuh rumah ni dibuatnya.Walau pun die kepoh, aku tetap sayang dia. bila dia tak ada rumah sunyi sangat. dia la yang selalu buat lawak dalam rumah ni. Pija, kak chik sayang Pija sangat2.

"oh..yeke? si jepp tu kacau Pija lagi ke?" aku yang mamai terus hilang selera nak tidur. layankan aje lah si Pija ni berborak. tapi sakit kepalaku masih belum hilang, bisanya tetap ada.

"macam la kak chik x tau. si Jepp yang gemuk gedempol tu, sehari kalau tak kacau kita, memang x sah". amboi, laser jugak kadang2 mulut si Pija ni. terasa jugak lah aku bila dia sebut gemuk gedempol. erk. tiba2 aku terasa tak nak ambil makan malam. nak diet lah malam ni. boleh tak korang??

perbualan kitorang terhenti bila Pija dapat panggilan telefon. happy bukan kepalang minah sorang ni bila dapat call dari ayah dia. hey, anak mana tak happy bila family call kan? aku pun sama. turut happy.

tiba2 aku teringat sesuatu.

Ya Allah! dah sebulan lebih aku tak telefon mak abah kat kampung! -_-
memang rutin harian aku, akan call family setiap hari. sudah jadi kewajipan. aku akan rasa tak tenang bila tak dengar suara mak abah di corong telefon. no wonder la aku rasa tak sedap hati. aku terlupa tanya khabar parents aku rupanya. lantas aku capai handphone.

"Assalamualaikum..." kedengaran suara emak memberi salam di hujung telefon. argh! rindunya nak dengar suara emak!
" achik...kenapa dah lama tak telefon mak? mak risau sangat dgn Achik ni. entahkan sihat ke tidak. achik sihat?"
"anak mak ni sihat je. cuma hari ni rasa pening sikit, kepala terasa berdenyut2. migrain yang dah hampir 5 tahun tak kena, datang "melawat" agaknya. hahaha. Erm, emak, Achik nak cakap dengan Abah, boleh? abah apa khabar? sihat? achik rindu sangat kat Abah".

tiba2 emak terdiam. Lama. Aku dengar suara tangis emak teresak2.
"Mak, kenapa mak menangis? kenapa mak? abah mana?"
"achik...kenapa achik tanya soalan ni..? achik sengaja nak sakitkan hati mak ye?" soal emak. sungguh, aku tak faham. aku tak mengerti. kenapa emak menangis tiba2 bila aku tanya pasal abah?

" Achik dah lupa ke....abah kan dah sebulan lebih meninggal....sejak abah meninggal, achik mana pernah telefon mak"

Astagfirullah al' azim! Macam mana aku boleh lupa pasal abah???! Anak jenis apa aku ni???!!

******

Untuk pengetahuan semua, Abah kesayanganku pergi menemui Illahi akibat kemalangan jalan raya. Mayat abah ditemui dalam longkang, sehari selepas abang Long membuat laporan polis tentang kehilangan abah. kata polis, kes langgar lari.

di hari pengkebumian, aku pengsan saat jenazah abah dibawa ke kubur. Kaki terlalu lemah untuk turut melangkah mengiringi jenazah. Kehilangan abah merupakan satu hakikat yang sukar untuk aku terima. mana mungkin aku mampu bertahan menanggung derita kehilangan abah tersayang.

sepanjang tempoh seminggu selepas ketiadaan Abah, aku berubah sikap menjadi pendiam. Rindu pada suara abah selalu menggamit fikiran. Mujur Allah ada di sisi, hanya kepadaNya tempat aku meluahkan rasa rindu kepada abah.

******

"Achik...hello..? achik masih di sana ke?" soal emak. Aku diam. Telefon bimbitku terlepas dari tangan.
tiba2 pandanganku kabur. perlahan2 menjadi gelap. aku terdengar suara Pija menjerit2 memanggil namaku. tapi, aku tak mampu nak bangun. Bisa sakit kepala ni semakin mencucuk2. Hanya Allah yang tahu betapa sakitnya derita yang aku tanggung saat ini.

Ya Allah, bantu aku.................................................................

p/s: true story, digrap menjadi cerpen. yeah, my 1st cerpen. feel free to leave a comment yach! ;)

7 February 2010

Pengurusan Konflik MSN 2010

Salam semua..~
another update lagi drp cik beskalpancit.heee~~
Jumaat lepas adalah hari yang sangat murah rezeki+penat+enjoy bagi aku.
sebabnya: ada jamuan (yeah semua orang tau aku suka makan free.hehehe) dan juga menjadi fasilitator untuk program Pengurusan Konfik di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.
tolak tepi pasal jamuan tu (sebab korang semua boleh tau yang aku nak cakap makanan dia semua best.heheh)
aku nak cerita pasal pengalaman aku di MSN tu. =)

ini first time aku buat program anjuran MSN. thanks a lot to Scott my classmate for inviting. aku hargai sangat2.
masa aku datang sana, eh! ramainya atlit handsome! hahaha. (actually takde lah ramai. aku nampak 1,2 orang je.atlit lain pergi sembahyang Jumaat)
ok, aku bukan nak cerita pasal atlit. tak penting pun. (tapi serius diorang semua sangat fit lah! aku sangat mencemburuinya! rasa mcm nak offer lemak berlebihan aku ni dekat diorang je)

aku berperanan sebagai ketua fasilitator untuk program tu. maka Scott mengamanahkan aku untuk pegang mic tu sampai program habis.
ha...korang pun tau kan..aku pantang pegang mic! serius aku happy gila dpt mic sebab dah lebih 3 bulan tak sentuh...hahahha.
maka berceloteh lah aku dengan semua peserta tu. =p
dan aku sangat gembira bila hampir semua peserta memuji dan enjoy dgn program pengurusan konflik ni. serius, happy sanngat2! (ah, apa lah benda dalam dunia ni yang tak buat aku happy?)

FYI, peserta program ni terdiri daripada staff2 MSN. kiranya golongan dewasalah berpangkat senior daripada aku (a.k.a kakak, abang, pakcik dan makcik)
mula2 aku rasa gugup jugak sebab ini baru kali kedua aku jadi fasilitator deal dgn orang dewasa. jadi penceramah dengan jadi fasilitator tak sama. aku macam mati kutu dah, tak tau nak buat aktiviti apa yang sesuai dengan diorang ni. dalam otak aku ni penuh dengan games, tapi semuanya games taraf bdk2 remaja dey!
untuk setel masalah tu, aku pergi tanya kwan2 aku yang dah bekerja,games apa yang diorang suka main.
alhamdulillah, tak ku sangka adult pun enjoy main games budak2! ;)


us. aku rasa aku macam mak nenek je.

daripada rasa gugup, slowly aku jadi semakin bersemangat lebih2 lagi kawan2 lain turut membantu. walaupun penat, tapi pengalaman ni aku hargai sangat2.
dan aku sangat mengharapkan banyak peluang untuk buat program dengan adult.
bukan aku riak, tapi korang pun sedia maklum kan yang aku ambil jurusan kaunseling organisasi.
fokus jurusan aku kepada organisasi dan juga staff. maksudnya, deal dgn adult =)
memandangkan all this while aku banyak main dengan budak2 je, so pengalaman dgn adult tu tak lah sebanyak mana.
takpe, next time ada jemputan lagi. kali ni insyaAllah bagi ceramah kewangan. again, finance always my favourite! heee~~~

ok lah, till here.
pecah kaca pecah gelas,
sudah baca harap balas.
gila oldies pantun kat atas ni! ;))

4 February 2010

sesi, laptop dan hidupku

assalamualaikum semua..~!
update terkini tentang diri penulis glamer ini (bagi la aku chance ntuk perasan sekejap =p)

dah masuk minggu ke-5 aku intern, sekarang ni yang banyak aku buat cuma lah kerja2 admin je. sesi kaunseling tak mula lagi. adoi. nak cari klien satu hal. nampaknya aku kena buat promosi lebih sikit lah biar satu MARA ni tau kewujudan aku dan imah sebagai kaunselor pelatih di sini. heh..pastu bertambah terkenal..wakaka!~~sure menambah kejelesan Wani.(adakah? =p)


FYI, sepanjang 5 bulan internshsip ni aku perlu complete 600 credit hours
(which is 600 =80 jam kaunseling individu + 40 jam group counseling + 180 jam aktiviti bimbingan + 300 jam kerja2 admin)!
wargh banyak gilaaaaaaa! dulu aku buat 200 jam kredit untuk subjek KMC 1073 pun aku dah jadi separuh gila, inikan pula 600 jam.
yyoshhhh satu cabaran yang harus dtempuhi oleh cik kiah! hua3 ;))


dan sekarang dgn selambanya aku tak buat satu sesi kaunseling pun lagi. yang berjalan hanyalah aktvti bmbingan (dah dapat 20 jam) dan juga kerja2 admin (kerja pejabat tu semua. ini pun aku dah dapat 50 jam)

tapi aku masih boleh rileks lagi.
nak tau kenapa? sebab aku ada geng yg belum start any sesi pun! hahahaha
if aku tau aku sorang je yang belum start sesi..sure ak dah gelabah gila. =p

pesanan untuk diri sendiri: ada masa lagi nih. sempat lagi makcik. go aina go. yeah! (eh2, aku sendiri panggil diri sendiri makcik? apa kes??)


hey aku lupa nak bagitau something. cik lappy a.k.a laptop aku ni kembali bermasalah. keyboardnya dah rosak so aku ganti lah dengan yang baru.
nak repair keyboard, kos mahal gila. (ok aku tipu. actually aku boleh cover kos tu. tapi last week aku g low yatt, orang tu cakap macam ni: kalau awak nak repair keyboard laptop ni, awak pergilah Pakistan. kat sana mungkin banyak spare part utk lappy awak.hehehe) ngeng punya pekedai! perli aku la tuh! dush dush dush untuk encik pekedai itu!
maka aku belilah flexsibel keyboard ni. keybard ni lembut. sedap je aku pegang. lembut mcm kulit aku.hahaa

tapi agak sukar untuk aku menaip. mayb sebab aku tak biasa lagi kot.


pasal hanphone aku pula,

cik sony B (a.k.a sony Buruk) pulak tengah direpair. entah bila la mau siap. aku plan nak jual sony B aku tu (sebab aku dah ade Sony baru. heheh) tapi tak sampai hati sebab aku tetap sayang dia (wpun dia banyak bagi masalah dekat aku kan. sony buruk memang banyak bagi aku masalah. banyak duit dihabiskan dekat si buruk ni)

kenangan dgn sony buruk (ouch kejamnya aku bagi nama kat dia mcm ni)

ok lah pembaca yg best sekalian,
aku chow dulu. nanti ak update lagi ok? daaaa~~
(tak nak lah sebut tata. sebab mcm..eh ngada2 lah aku sebut tata. yuck. =p )

1 February 2010

chaoSnya fikiran!

terlajak perahu boleh diundur,
tapi...kalau terlajak perbuatan, mana boleh patah balik kan?
menyesal tak sudah.
itu la yang aku alami sekarang =(
aku agak dah, lambat laun aku mesti terasa guilty punya. lepas tu akan menyesal.
tapi benda dah jadi kan.
dan sepatutnya aku tak buat tindakan bodoh macam tu.
tapi aku buat jugak walau pun awa2 lagi aku tau apa risikonya.
aduiii apsal la aku terlalu ikutkan emosi sangat waktu tu?
dan sekarang akibat perbuatan aku tu, aku dah hilang seorang kawan!!!!
sedih gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!


aku pun tak tau kenapa aku post entry yang emosi ni untuk korang baca. Kenapalah?
sesiapa ada jawapan?

25 January 2010

Selamat Bertanding Adik2 Calon MPP

Assalamualaikum..
agak lama aku tak menulis.
sekarang dah datang mood untuk menulis...yeah...pasal topik yang paling aku tunggu2..-mpp-
aku mula berblog sebelum aku jadi mpp lagi.sangat aktif dulu. tapi senyap seketika semasa jadi mpp.sebab sangat2 bz.
aku fikir, kalau dulu aku story semua experience aku sepanjang jadi mpp...sure boleh buat buku.terlalu banyak cerita.huhuhu.
tapi aku bukan nak cerita tu semua.
aku cuma nak kongsi pengalaman pilihanraya kampus di UNIMAS.
yes. unimas.bukan universiti lain. jangan disamakan univerisiti yg aku sayang ni dgn universiti yang lain.
adik2 bakal2 calon...=)
aku yakin sepanjang tempoh berkempen ni,calon2 ni semua akan dicuci dengan macam2 cerita. parti itu lah,parti inilah.
aspirasi lah.pro mahasiswa lah.pembangkang lah
bodoh tu semua. serius aku cakap.
dah jadi mpp,baru ko tau senang ke tidak jadi mpp. penat tau tak. penat!
dan setiap tahun mesti cerita2 lama akan diulang kembali..either betul atau tidak, korang kene pikir sendiri...ape yang aku buat dulu,ak dengar je..tapi sikit pun aku tak ambil peduli. nak buat apa? kalau ko percaya berita yg palsu, dah kira berdosa tu sebab percaya pada fitnah rite?
kalau betul pun, kau nak buat apa? benda dah lepas beb.
tak yah r nak ungkit2. xde kaitan dengan ko pun.
jadikan teladan je la.

so semasa berkempen ni,pastikan korang ada pendirian tersendiri.jangan biarkan pemikiran korang tu senang2 je dipengaruhi oleh unsur2 luar.
senang cite, ko pikir nak bertanding je lah.nak jaga kebajikan student. ko tolak tepi politik kampus semua. sebab nanti dah jadi mpp, kebajikan je yang student nak tengok.diorang ape kisah pasal politik kampus. tak peduli pun.

ko jangan peduli pasal aspirasi n pro mahasiswa. aspirasi tu ada, tapi tak sama mcm dekat semenanjung. semenanjung lebih political. tapi di unimas, aspirasi hanya muncul time pilihanraya je. betul...aku tak tipu...
dan pro mahasiswa mana de pun, cuma ia "diwujudkan" atas nama bila dah ada aspirasi, maka mesti ada pihak lawan.sama mcm pilihan raya umum lah, ada kerajaan,sure ada pembangkang kan?
kalau ko pk benci aspirasi,ko pk nak boikot pro m lah (kalau ada), serius ko akan sakit masa ko jadi mpp.
sebab apa?sebab ko dah ada tanggapan buruk pasal parti lawan, dimana parti lawan tu nanti lah ko akan bekerjasama sepanjang tempoh kepimpinan.
"eh...alamak..dia tu orang X lah..mana bleh dgr cakap dia..politik semua tu"
susah nak kikis beb persepsi negatif ni..rasa prejudis tu tetap ada selagi ko tak cuba jernihkan keadaan.
sebab tu aku nak cakap parti2 ni macam haram.budus!

dan JANGAN TABUR JANJI semasa berkempen!
jangan kerana nak kejar manifesto hebat2..ko bantai cakap ikut suka hati jer.
janji buat itu buat ini.kutuk mpp batch2 lepas xleh setel masalah yang dianggap SENANG oleh korang.
hello...ko ingat senang ke nak jaga kebajikan pelajar hah?
kalau benda tu senang,dah lama benda tu setel.
dan aku sebagai mantan,memang tergelak habis tengok manifesto calon2 mpp dulu.
amboi2 sedap2 kutuk kitorang ekh?ko dah jadi mpp,baru ko tau senang ke tidak nak buat benda2 kebajikan pelajar tu semua.
agaknya mcm tu dulu la aku digelakkan kot oleh mantan2 mpp semasa aku berkempen?hahaha =p

ahaha sini jelah aku tulis.ada masa nanti aku update lagi okeyh =)

17 January 2010

Mendidik anak, ada caranya


rindu dgn si kecik lukman. tak tertanggung

ini peristiwa benar yang terjadi semasa dlm KTM semalam.
aku dengan mak dalam perjalanan balik ke rumah.
hujung minggu, biasalah kan kalau ktm sesak. ramai sgt orang. berhimpit2.

ada seorang ibu ni, bawa seorang anak kecik dia balik jumpa nenek kat Rawang. (aku tau lah dia nak ke rawang, sebab ibu dia yg cakap)
dipendekkan cerita, diorang terpaksa berdiri sebab seat dah full.
aku pon berdiri gak lah time tu,
berdiri betul2 sebelah adik comel tu.

adik comel:Ibu, nak duduk.
ibu:takde tempat duduk lah.penuh! (sambil menjawab kasar)
adik comel:ibu, nak duduk..penat...
ibu:tempat duduk penuh...kite kene berdiri. tak faham ke?!
adik comel:ibu..nak duduk...
ibu:kan dah ckp, tempat duduk penuh! tak faham bahasa ke???!
adik comel:ibu..kenapa kita tak boleh duduk?
ibu:kan ibu dah ckp tadi, tempat duduk penuh lah! apsal tak faham2 nie???!-tempik si ibu.

"memanglah dia tak faham.kan dia kecil lagi" bisik aku pada mak yang berdiri di sebelah.
"anak aku, aku punya pasal la!" tiba2 si ibu bersuara. agaknya si ibu dgr kot apa yang aku bisik dekat mak tadi. tak pun mungkin dia syak aku ckp pasal dia, sebab semua orang pandang2 kat dia masa dia tengking anak dia tu.

agaknya malu dgn semua orang kot,
maka lepas tu boleh pulak si ibu jawab soalan anak dia dgn lemah lembut.
siap main tepuk2 lagi.

komen aku selepas melihat kejadian tengking2 anak ni:-

hai..kakak, anak tu kecik lagi.umur baru setahun lebih kot.
mana lah dia tahu kaitan tempat duduk penuh+berdiri.
kakak sebagai ibu lah yang patut mainkan peranan.
bila si anak tanya mcm tu,akak explain la elok2.
walau pun si anak tak faham, tapi sekurang-kurangnya dia tahu si ibu menjawab dgn baik setiap permintaan si anak.
ini tidak, kakak tengking dia depan orang ramai
janganlah menjerit2 depan public. x malu ke dgn orang sekeliling yang tengok?

kalau kakak nak tahu, bayi pada peringkat umur mcm tu, kognitif dan emosinya dah mula berkembang
sedikit demi sedikit, otaknya akan mula menyimpan semua kata2 yg akak ckp tadi,
dan bila dia besar...dia akan ingat dan tiru semua yang akak ckp tadi..dia juga akan buat semua yg akak ckp tadi...
kakak nak tau dia buat pada siapa? kalau bukan pada orang lain,mungkin pada kakak sendiri!
ya! anak akak yang comel tu, mungkin akan buat mcm tu dekat akak bila akak dah tua!
kakak nak ke dia buat mcm tu? mesti tak nak kan.
maka kakak didiklah anak akak dgn baik. akak tanamkan sifat2 mahmudah dlm diri dia kak.

saya yakin, kalau kakak didik dia dgn penuh lemah lembut dan kasih sayang...insyaAllah, dia akan membesar menjadi seorang anak yg baik kak =)

7 January 2010

1st week of Internship

Assalamualaikum kwn2!

agak lama juga x update.
anyway,sekarang dah masuk hari ke-4 aku intern.
alhamdulillah,sgttttttttttttttttttttttt best!!
yeah best ok. serius aku tak tipu. betol. x tipu punya

sukacita aku ulang bahawa aku intern kat unit kaunseling,Bahagian Sumber Manusia(BSM), tingkat 17,Majlis Amanah Rakyat (MARA) KL..~
BSM ni merupakan antara department terbesar sekali di MARA, so ia terbahagi kpd dua tingkat, iaitu tingkat 17 dan 18.
aku sekarang intern di tingkat 17 ye ^_^

ingat lagi tak dulu aku ada story pasal orientasi organisasi(o2) yang aku buat kat MARA masa bulan jun tahun lepas?
ha..masa tu,aku buat o2 kat tingkat 18. serius best giler duduk kat tingkat 18. orang2nya kepoh giler. sesuailah dgn aku yang suka pot pet pot pet ni kan.
tapi sekarang ni,aku intern kat tingkat 17 sebab unit kaunseling ditempatkan kat tingkat 17. maka terpaksa la aku pendamkan hasrat nak bercakap2 mcm yg aku buat kat tingkat 18 tuh.
tapi tak lama,dalam setengah hari aku intern, rasa best pulak tingkat 17 ni! walau pun baru je kenal diorang,tapi diorang sgt nice. tahap kekepohan pun not bad jugak lah berbanding dgn staff tingkat 18.
actually aku suka kerja dlm environment yang bising2. tak semestinya orang2nya perlu bercakap, cukuplah sekadar aku tahu ada orang lain wujud dalam office selain aku. baru fun buat kerja.aku tak cakap pun takpe,asalkan aku dengar suara orang borak2 pun aku dah happy (eh,macam tak betul la pulak).

Iklan: walaupun berpot pet pot pet,tapi kerja i tetap jalan okeyh ^^,

back to laporan intern,hehe,1st day je aku dah ada kerja nak kena buat. bagus gak lah,takdela aku kebosanan melangut sorang2 kat meja tu.
ok lah,actually kerja tu aku dapat b4 masuk intern lagi, tapi bila dah masuk office baru aku terkial2 nak buat. hihihi =p
yang buat aku happy ialah meja aku betul2 terletak depan TV beb! maka bila aku bosan2 dapat lah aku tengok tv sambil2 buat kerja kan?
dengan internet di sisi, it really complete my day la beb! tv ada,.internet ada,.ha, nak ape lagi? kalo aku bosan,memang ada yang tak kena la tuh.sila marah if aku tak buat kerja ok?

dan satu lagi,
aku realize yang bahasa pertuturan aku sudah hampir kepupusan slang KL! T_T
kawan aku cakap BM aku dah macam bunyi orang Sarawak daa..~
mula2 aku pun tak perasan, sampai la bila aku borak2 dgn kawan, memang betul, ada some words yang asal dari Borneo punya.
hilang sudah slang KL aku. apsal la takde kwn2 semenanjung yg tegur awal2 nie..wuwuwu T_T
maka sekarang aku sedang berusaha keras untuk kembali bertutur dlm slang KL.
no more "sik, auk,jak,ok bah," etc etc
tapi bahasa melayu sarawak aku takkan lupa punya. bila jumpa sarawakian baru aku akan cakap sarawak ok. ^_^

tu je lah aku nak story, nak masuk tidur dah ni.
esok outstation ke MRSM Lenggong. ada program motivasi kat sana.

p/s: bila lah aku dapat kembali ke MRSM Jasin ekh?rindu larh!